DESA
LESTARI
Program
Desa Lestari di bawah GTP 2.0 merupakan salah satu inisiatif KKLW dalam usaha mentransformasikan
desa menjadi sebuah kawasan yang maju dengan penduduk yang berpendapatan
tinggi.
Usaha
ini dilaksanakan dengan meningkatkan pengupayaan komuniti dalam merancang serta
menjayakan pelaksanaan projek pembangunan di kampung.
Untuk
maklumat lanjut sila klik di [sini]
Program
Rural Business Challenge (RBC) merupakan program yang memberi peluang kepada
belia Malaysia memperlihatkan kecenderungan, minat serta kesungguhan untuk
menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau sumber pendapatan mereka.
Untuk
maklumat lanjut sila layari http://www.rbc.my/
Rural
Transformation Center (RTC)
RTC
ialah pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung-kampung yang
berdekatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercorak nilai-tambah yang
tinggi. Di RTC, penduduk-penduduk tempatan akan dapat:
- Menjual produk pertanian berbentuk nilai-tambah tinggi secara terus;
- Membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah;
- Mendapat kemahiran, menjalani latihan dan program pembangunan keusahawaan;
- Mendapat kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus;
- Berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan.
KARNIVAL
USAHAWAN DESA (KUD)
Karnival
Usahawan Desa (KUD) merupakan projek di bawah program pemasaran
untuk memperkenalkan, mempromosi dan memperluaskan akses
pasaran yang akan dapat memartabatkan produk/perkhidmatan luar bandar
melalui gabungan pelbagai strategi pemasaran dalam satu program
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.kud.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan